Pages

Entry Khas

Asalamualaikum semua

Lagi beberapa hari musim persekolahan nak bermula.So,korang semua dah bersiap sedia nak mulakan musim persekolahan yang bakal menjelang nanti.

Kalau belum,hurm tak tau nak cakap apa.Okey barang-barang sekolah semua dah belikan.Dah siap kemaskan barang-barang sekolah kan.

Musim cuti hari tu macam mana?Best...atau bosan... Hehehe..pandai-pandai lah jawab dalam hati.Oh sebelum terlupa,kerja sekolah dah siap?

Haish bab kerja sekolah ni lemah betul kan.Bila cakap pasal kerja rumah,semua dah fikir,aku dah siap ke belum tak pun ayat dia macam ni,kerja sekolah yang mana eak?

Ayok tak tau,korang dah siap ke belum,Cik Qaseh belum siap lagi.Apa da PMR dah dekat,Cik Qaseh tak sedar lagi,masih dibuai mimpi

Sedar lah Cik Qaseh,awak ni calon PMR.Apa nak jadi dengan diri awak ni?*Saja bagi kata-kata semangat dekat diri sendiri*Hehehe..Kepada junior-junior ku,jangan jadi seperti Cik Qaseh,sedarlah kamu sebelum terlambat

Hari ni nak bagi info kerja rumah dekat kawan-kawan yang sekelas dengan Cik Qaseh.Info apa?Info kerja rumah

Science: Buku teks m/s 2,3,5,7,lets discuss (semua),13
KD:Buku teks (3 teras yang awal)
Mate:Kertas yang cikgu bagi
Geo: Latihan yang cikgu bagi
Bahasa Inggeris:kerja rumah di blog cikgu

Okey itu jerk kot kerja rumah nya.Kalau ada lagi beritahu Cik Qaseh.Erm...sampai di sini sahaja.Wasalam

P/s:Gambar buku dekat bawah header tu menu tab

....Sambungan....

Assalamualaikum semua..

Rasa bosan pulak bila cuti sekolah menjelmakan diri,kalau dulu sibuk sangat tanya bila lah nak cuti sekolah tapi sekarang bila dah cuti sibuk nak pergi sekolah balik.Pelik betul kan mood ni.Okey dah habis dah sesi mengeluh kita pada hari ni.

Tutup cerita pasal tadi,sekarang nak buka cerita baru pulak.Okey hari nak just santai-santai jerk,nak tunjukkan video yang dibuat oleh diriku yang tak berdaya ini *wekkkk!!!ayat aku tak leh blah*Jom lah korang kita tengok sama-sama video di bawah ni




 

Dah habis dah tengok video dekat atas ni??Best tak???Kalau best anguk kepala korang sambil minum air Milo..Cuba korang buat demo sikit.Hehehe...Sorry ya sebab video ni kualiti dia,pergh tak dapat oden nak cakap..

Faham-faham sendiri lah ya.Rasanya idea oden dah habis lah,sampai sini je entry kali ni..Kalau ada terita besh nanti kita kongshi tau *dah macam kanak-kanak ribena pulak*

P/s:Matikan dulu lagu dalam blog ni kalau korang nak tengok video tu

Jamuan Akhir Tahun


Hai anda semua.....

Korang semua dah mula cuti ke belum???Kalau yang dah tu Selamat Bercuti...Kalau yang belum tu harap bersabar ya,lagi satu hari je pun kan lepastu dah cuti....Seronok nya....

Okey lah hari tu,kitaorang ada buat Jamuan Akhir Tahun....Almaklumlah tahun ni tahun last kitaorang bersuka ria,tahun depan kena belajar jerk.PMR dah dekat dah tak boleh nak bersuka ria sangat...

Sambung balik cerita jamuan tu,hari tu memang hari yang gila-gila lah...Semua happy go lucky...Walaupun ada masalah sikit tapi alhamdulilah majlis tu tetap berjalan dengan jayanya..

Erm...nasib ramai yang datang tapi yang tak bestnya kitaorang dapat jemput dua orang guru jerk iaitu Cikgu Kama dan Cikgu Hikam,cikgu lain bukan tak nak jemput tapi....kitaorang lambat bagitahu tentang majlis ni

Walaupun dua orang cikgu tapi tak pe lah,majlis ni tetap boom kedeba boom,memang meriah...hahaha..Cerita pasal makanan pulak lah,ramai jugak lah yang bawa makanan dari rumah dan menu utama majlis ni ialah Nasi Ayam...

Sedap gila nasi ayam tu,hei rasa macam nak makan lagi jerk...Kalau pencuci mulut Koktel (alamak betul ke aku eja,kalau salah pon salah lah) Air pulak air oren jerk...

Nak tengok gambar waktu majlis dijalankan tak???Kalau nak sila scroll ke bawah,kalau tak nak sila tekan X dekat kanan atas korang tu ha...Nampak tak..




Bebola coklat ni Nasuha yang bawa



Ni antara makanan sampingan



Menu Utama = NASI AYAM



Koktel buah-buahan


Ni waktu tengah tunggu budak-budak ni sampai



Hurm..budak lelaki dah sampai,tinggal tunggu cikgu jerk



Semua dah sampai


 ??????



Amboi cantiknya cara duduk



Pengacara majlis (berbaju kurung) dan wakil kelas (bertudung putih)



Guru kelas sedang memberi sedikit ucapan....Apasal Amin (Baju biru) buat muka macam tu



Tekun mendengar ucapan
  


Tengah makan



Ambil gambar



Budak lelaki yang hadir



Cikgu-cikgu yang hadir


Hurm....Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi line macam siput....Jadi,hanya gambar di atas sahaja yang dapat diupload dalam blog ni....Apa-apa pun majlis ni memang seronok gila...dan nak ucapkan terima kasih bagi kawan-kawan ku sebab dapat memeriahkan lagi majlis + dapat sumbangkan makanan.....

Makanan yang korang bawak tu semua sedap sangat....Sampai sekarang terasa keenakan makanannya...
Hahahaha...Erm...sampai di sini sahaja memori waktu tingkatan 2.Argh!!!!Terasa laju sangat masa tu bergerak..Tahun depan buat yang terbaik ya kawan-kawan ku

Apa lagi eak???Erm...cuma nak cakap....Bye-bye memori tingkatan 2 di sekolah,aku tak akan lalui detik-detik itu lagi..Tetapi kau sentiasa berada dalam ingatan ku... Selamat tinggal tingkatan 2 K.R.K...Aku akan merindui kenangan sewaktu kita suka dan duka


P/s:Tahniah buat pasukan Harima Muda...