Pages

No title


Selamat Malam dan Selamat Hari Khamis

Selepas berakhirnya konvoi beraya,Cik Qaseh hanya duduk terperap dalam bilik keseorangan,terasa kebosanan yang amat sangat lah...Hari ini tah kenapa tah tangan ni gatal sangat nak buat video tentang konvoi beraya part 1,2,3,4 & 5 

Dan akhirnya Cik Qaseh dapat menyiapkan juga video yang tak seberapa nak ok sangat kan berbanding dengan follower ku yang lain *Ceh ,merendah diri la pulak*Dah lah,Cik Qaseh tak mahu cerita panjang,jom kita lihat video yang tak sempurna sangat ini


Dah siap dah tengok video di atas,kalau dah Cik Qaseh cuma nak cakap Raya dah nak habis dah...hehehe...
Terasa pelik bila setiap kali masuk kan video yang Cik Qaseh buat mesti gambarnya kabur
Maaf ya,video ni gambarnya kabur

Beraya (PART 5)


Selamat Hari Khamis semua

Okey,pada hari ini konvoi beraya rumah cikgu-cikgu dan raka-rakan telah pun tamat.Beraya di hari yang last ni makin kurang ahlinya,antara yang pergi ialah Amir,Amin,Arif,Ainin,Nida,Iza dan Cik Qaseh....Makin kurang kan...

Rasa tak berapa nak syok la sebab ramai yang tak ikut...urmmm...kitaorang hanya beraya sebuah rumah sahaja pada hari ini,kenapa eak kita beraya sebuah rumah sahaja???Sebabnya kitaorang menaiki basikal...Yalah kan selama ni kan kitaorang pergi naik motor sebab tu lah kitaorang boleh pergi lebih dari dua buah rumah

Erm..rumah yang kita orang pergi tu ialah rumah guru tingkatan kami iaitu Encik Kama Azhar,rumah beliau terletak di Taman  _ _ _a_ _ ,rumah cikgu jauh gila.Kami mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke rumah cikgu.

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa kitaorang tak guna motor sedang kitaorang dah tau rumah tu jauh.. Okey sebenarnya kita orang saja jerk nak mengayuh basikal,*ceh padahal ada udang di sebalik mee tu* Erm...nak cerita pasal makanan lah,kitaorang (Cik Qaseh & rakan) makan baksu & nugget Marina... Memang sedap + kenyang gila lah

Erm... dekat bawah ni ada beberapa gambar,jomlah tengok.....

Tuan rumah

Cikgu Kama Azhar



Sedang membaca keratan akhbar

Ermm...main mesej dengan siapa  tu???





P/s: Dah habis dah.....Banyak Kenagan Yang Menyeronokan Pada Raya Tahun Ini 

Beraya (PART 4)


Assalamualaikum semua

Akhirnya kita bersua lagi yaaa....Ermm....Hari ini kita orang hanya beraya dua rumah sahaja....Lepas tu hanya ada beberapa orang sahaja yang mengikuti kami pergi ke konvoi....dan ada satu tragedi hitam yang berlaku ke atas kami,tak akan kami lupakan tragedi itu....

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa kitaorang semua beraya hanya dua rumah sahaja....Ermmmm..... Hanya orang yang mengikuti konvoi ini sahaja yang tau.....Dua rumah yan kita orang semua pergi ialah rumah Cikgu Junaida dan rumah Nasuha

Ermmmm...apalagi ya nak cerita....rasanya dah tak ada lagi kot,sorry ya follower ku kerana entry kali ini agak pendek.....Jom lah tengok gambar kat bawah ni




Khas untuk KAWAN KU




P/S: TUNGGU BERAYA PART 5

Beraya (PART 3)


Selamat Malam semua

Erm....terasa penat sungguh hari ni...Almaklumlah jadual Cik Qaseh dan kawan-kawan penuh dan padat gila-gila..Yalah kan pagi pergi sekolah,petang pergi beraya dengan kawan-kawan,malam buat kerja sekolah yang tergendala.....

Tapi petang tadi,Cik Qaseh tetap gagah kan diri untuk pergi beraya dengan kawan-kawan...Betapa baik nya Cik Qaseh untuk menemani mereka semua *alamak puji diri sendiri nampak*...Petang tadi kami semua pergi beraya ke rumah Cik Qaseh,rumah Cik Neda,rumah Cik Iza,rumah Mizi,rumah Ainin ,rumah Amir dan rumah Ustaz Adib

Mula-mula mereka semua berkumpul di rumah Cik Qaseh....Lepas tu gerak pergi rumah Cik Iza.....lepas tu pergi rumah Neda pulak....Lepas tu kan...kan....nak pergi rumah Mizi tau....tapi Cik Qaseh dengan Cik Iza *Cik Iza bawa motor Cik Qaseh tumpang*kena temankan Abid tukar basikal....Dah tu,kitaorang jumpa Amir dengan Akmal...

So,kitaorang pun follow la Si Amir,dia boleh plak memecut laju,Cik Iza,kawan Cik Qaseh boleh jerk memecut laju tapi memandangkan Abid yang berada di belakang dengan mengayuh basikal lagi..Cik Iza pun membawa motor dengan perlahan

Alih-alih,kita orang tak tau nak guna jalan mana untuk pergi ke rumah Mizi yang terletak di Parit Kemang,apa lagi kita orang pon naik berang sama mereka semua ni....Eeeee...geramnya.Nak telefon mereka,bateri Cik Qaseh dah habis,henfon Cik Iza pada Nasuha & Abid tak guna henfon.

Kebetulan kita orang lalu depan sekolah,dekat situ kan ada public phone,nasib Abid ada duit syiling,so kitaorang pon telefon henpon Cik Iza,apalagi bila diangkat,amek kaw kena marah kaw kaw dengan Cik Qaseh dan Cik Iza dan kami menyuruh untuk menghantar seseorang cari kami...

Tapi hampeh!!!!Sorang pon tak da....Berbekal kan pengetahuan yang Cik Iza ketahui akhirnya kami selamat sampai di rumah Mizi,walaupun ada satu saat tu kami salah masuk lorong nasib tak sesat,lepas tu kena lintas jalan raya.Setibanya kami di dalam rumah Mizi,Amir kena hambur dengan perkataan-perkataan yang sinis...Riuh rumah Mizi

Walaupun rasa macam nak hentak helmet Cik Qaseh ni dekat sorang mamat ni,tapi  tahap kesabaran Cik Qaseh masih lagi tinggi,SABAR,,,, Lepas tu gerak rumah Ainin plak...dekat rumah Ainin,Si Abid sempat online kejap menggunakan netbook Anis

 Lepas tu gerak pergi rumah Amir,sedap gila air dekat rumah Amir....tapi Cik Qaseh tak tau air apa yang Cik Qaseh minum....Heheee...Lepas tu pergi rumah Ustaz Adib,kawan-kawan perempuan Cik Qaseh semua malu nak masuk....

Yalah kan dah la waktu tu kitaorang tak pakai baju kurung,kecuali Cik Iza sorang jerk.... Rasanya itu jelah coretan hari ini ya...jom layan gambar dekat bawah nie....

Moto buat hal,sementara menunggu rakan-rakan yang lain

Sempat lagi berangan (0_0)

Ni pun sama (n_n)

Di rumah Cik Iza











Ainin & Fatin

Di rumah Ainin







Neda & Chua



Di rumah Ustaz Adib

Gadis ayu

Luqman & Amal



Hurm...curik banyak sikit gula-gula tu

Hurmmmmmmmm

Rajin Amin....





P/s:Akan datang ~BERAYA PART 4~

Beraya (PART 2)


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

Okey di entry yang lalu Cik Qaseh cerita tentang beraya part 1 kan....kan....Betul tak??? Okey hari Cik Qaseh nak cerita pasal beraya part 2.Ermmm....alamak idea dah hilang.....kejap-kejap....okey dah masuk balik...

Erm...budak-budak yang pergi ialah Abid,Amir,Luqman,Amin,Izzudin,Nida,
Fiza dan Zati...Opsss terlupa ada dua orang budak lelaki kelas 2 SB yang ikut iaitu Aiman dan Amal...

First-first sekali kitaorang pergi rumah Cikgu Kamariah....Tapi malang Cikgu Kamariah belum balik dari sekolah...Kitaorang buat keputusan untuk beraya rumah Cikgu Kamariah rumah yang terakhir...

Kitaorang pun meneruskan perjalanan pergi ke rumah Abid,takut gila sebab rumah Abid kena lintas jalan raya...Erm..nak tak nak lintas juga lah kan...dan lagi satu nak ucap thanks a lot to Luqman sebab dia dah tolong budak-budak ni melintas

Dah sampai rumah Abid ni,Cik Qaseh dengan kawan-kawan perempuan Cik Qaseh segan gila sebab ayah Abid duduk depan kitaorang,MALU GILA.Lepas tu kitaorang gerak pergi rumah Fatin....

Sedap,dapat makan jambu batu,dah lama tak makan buah jambu batu...Memang Cik Qaseh dan kawan-kawan langkah kanan pada hari tu.Lepas tu kitaorang pergi rumah Atok Amir pulak....geram sangat waktu tu sebab Cik Qaseh,Cik Iza dan Cik Neda kena tinggal....

Eeeeee geramnya....dan rumah Cikgu Kamariah adalah rumah yang terakhir kitaorang pergi beraya pada hari ini (kesian tengok cikgu sebab bila setiap kali kita beraya rumah cikgu mesti cikgu baru balik rumah,maaf cikgu kami menganggu cikgu)......Lebih kurang pukul 6 lebih kitaorang semua pulang ke rumah masing-masiang.Hari ni raya tak bawa kamera sebab bateri kamera dah habis

P/s: NANTIKAN BERAYA PART 3

Beraya (PART 1)


Salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca Ku

Huhhhhh.....sungguh penat,,almaklumlah baru balik beraya dengan budak-budak kelas 2 K.R.K.....Sungguh gembira + excited....Pada tahun ni,ramai la juga yang menyertai konvoi beraya ke rumah guru-guru dan kawan-kawan..

Antara yang pergi beraya ialah Amir (menjadi Gps kami semua),Amin,Abid,Akmal (budak 2 S.B),Luqman,Zati,Nida,Tasha,Fiza,Elyana & Anis.....Rumah yang pertama sekali di serbu ialah rumah Elyana...so budak-budak ni berkumpul dekat rumah Elyana la...

Selepas itu kita orang gerak pergi rumah Amin,punya la penat kitaorang mencari rumah dia sampai tersalah rumah pulak tu dan akhirnya kami jumpa juga...Waktu dah masuk lorong nak pergi rumah Amin tu Amir bawa moto laju tau,sekali kan korang lembu melintas depan diaorang...AMEK KAW...Nasib sempat brek, kalau tidak???huhhh...No komen la

Lepas tu kitaorang gerak pergi rumah Tasha...dekat rumah Tasha,mak dia ada buat kuew taw...Wau budak lelaki makan bertambah-tambah (padahal tadi dekat rumah Amin diorang makan maggie bertambah-tambah juga???) Okey,,dekat bawah ni gambar dekat rumah Tasha.Jom saksikan










Lepas dah siap makan kitaorang pergi rumah Izzudin plak....Hahaha Izzudin kitaorang datang dia baru bangun tido...Kesian dia,sorry tau Izzudin,kitaorang menggangu kau tapikan kitaorang dah cakap nak beraya rumah kau.Jom lihat gambar-gambar yang telah kami ambil





(Sedap jeruk ni)


Lepas tu kitaorang pergi rumah Arif yang hanya beberapa meter dari rumah Izzudin.Kesian dekat mak Arif sebab kitaorang dah nak balik mak dia baru siap potong kuih



Dan rumah yang terakhir kami pergi ialah rumah Cikgu Fahriyah...Dekat rumah Cikgu Fahriyah tak ambil gambar pun sebab kitaorang (budak perempuan) semua main anak cikgu.Comel la anak cikgu dan dia suka senyum,tak perlu kata apa-apa

Psst: COMING SOON BERAYA PART 2...TUNGGU YA