Pages

Jamuan Akhir Tahun


Hai anda semua.....

Korang semua dah mula cuti ke belum???Kalau yang dah tu Selamat Bercuti...Kalau yang belum tu harap bersabar ya,lagi satu hari je pun kan lepastu dah cuti....Seronok nya....

Okey lah hari tu,kitaorang ada buat Jamuan Akhir Tahun....Almaklumlah tahun ni tahun last kitaorang bersuka ria,tahun depan kena belajar jerk.PMR dah dekat dah tak boleh nak bersuka ria sangat...

Sambung balik cerita jamuan tu,hari tu memang hari yang gila-gila lah...Semua happy go lucky...Walaupun ada masalah sikit tapi alhamdulilah majlis tu tetap berjalan dengan jayanya..

Erm...nasib ramai yang datang tapi yang tak bestnya kitaorang dapat jemput dua orang guru jerk iaitu Cikgu Kama dan Cikgu Hikam,cikgu lain bukan tak nak jemput tapi....kitaorang lambat bagitahu tentang majlis ni

Walaupun dua orang cikgu tapi tak pe lah,majlis ni tetap boom kedeba boom,memang meriah...hahaha..Cerita pasal makanan pulak lah,ramai jugak lah yang bawa makanan dari rumah dan menu utama majlis ni ialah Nasi Ayam...

Sedap gila nasi ayam tu,hei rasa macam nak makan lagi jerk...Kalau pencuci mulut Koktel (alamak betul ke aku eja,kalau salah pon salah lah) Air pulak air oren jerk...

Nak tengok gambar waktu majlis dijalankan tak???Kalau nak sila scroll ke bawah,kalau tak nak sila tekan X dekat kanan atas korang tu ha...Nampak tak..




Bebola coklat ni Nasuha yang bawa



Ni antara makanan sampingan



Menu Utama = NASI AYAM



Koktel buah-buahan


Ni waktu tengah tunggu budak-budak ni sampai



Hurm..budak lelaki dah sampai,tinggal tunggu cikgu jerk



Semua dah sampai


 ??????



Amboi cantiknya cara duduk



Pengacara majlis (berbaju kurung) dan wakil kelas (bertudung putih)



Guru kelas sedang memberi sedikit ucapan....Apasal Amin (Baju biru) buat muka macam tu



Tekun mendengar ucapan
  


Tengah makan



Ambil gambar



Budak lelaki yang hadir



Cikgu-cikgu yang hadir


Hurm....Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi line macam siput....Jadi,hanya gambar di atas sahaja yang dapat diupload dalam blog ni....Apa-apa pun majlis ni memang seronok gila...dan nak ucapkan terima kasih bagi kawan-kawan ku sebab dapat memeriahkan lagi majlis + dapat sumbangkan makanan.....

Makanan yang korang bawak tu semua sedap sangat....Sampai sekarang terasa keenakan makanannya...
Hahahaha...Erm...sampai di sini sahaja memori waktu tingkatan 2.Argh!!!!Terasa laju sangat masa tu bergerak..Tahun depan buat yang terbaik ya kawan-kawan ku

Apa lagi eak???Erm...cuma nak cakap....Bye-bye memori tingkatan 2 di sekolah,aku tak akan lalui detik-detik itu lagi..Tetapi kau sentiasa berada dalam ingatan ku... Selamat tinggal tingkatan 2 K.R.K...Aku akan merindui kenangan sewaktu kita suka dan duka


P/s:Tahniah buat pasukan Harima Muda...

2 comments: