Pages

....Sambungan....

Assalamualaikum semua..

Rasa bosan pulak bila cuti sekolah menjelmakan diri,kalau dulu sibuk sangat tanya bila lah nak cuti sekolah tapi sekarang bila dah cuti sibuk nak pergi sekolah balik.Pelik betul kan mood ni.Okey dah habis dah sesi mengeluh kita pada hari ni.

Tutup cerita pasal tadi,sekarang nak buka cerita baru pulak.Okey hari nak just santai-santai jerk,nak tunjukkan video yang dibuat oleh diriku yang tak berdaya ini *wekkkk!!!ayat aku tak leh blah*Jom lah korang kita tengok sama-sama video di bawah ni




 

Dah habis dah tengok video dekat atas ni??Best tak???Kalau best anguk kepala korang sambil minum air Milo..Cuba korang buat demo sikit.Hehehe...Sorry ya sebab video ni kualiti dia,pergh tak dapat oden nak cakap..

Faham-faham sendiri lah ya.Rasanya idea oden dah habis lah,sampai sini je entry kali ni..Kalau ada terita besh nanti kita kongshi tau *dah macam kanak-kanak ribena pulak*

P/s:Matikan dulu lagu dalam blog ni kalau korang nak tengok video tu

Jamuan Akhir Tahun


Hai anda semua.....

Korang semua dah mula cuti ke belum???Kalau yang dah tu Selamat Bercuti...Kalau yang belum tu harap bersabar ya,lagi satu hari je pun kan lepastu dah cuti....Seronok nya....

Okey lah hari tu,kitaorang ada buat Jamuan Akhir Tahun....Almaklumlah tahun ni tahun last kitaorang bersuka ria,tahun depan kena belajar jerk.PMR dah dekat dah tak boleh nak bersuka ria sangat...

Sambung balik cerita jamuan tu,hari tu memang hari yang gila-gila lah...Semua happy go lucky...Walaupun ada masalah sikit tapi alhamdulilah majlis tu tetap berjalan dengan jayanya..

Erm...nasib ramai yang datang tapi yang tak bestnya kitaorang dapat jemput dua orang guru jerk iaitu Cikgu Kama dan Cikgu Hikam,cikgu lain bukan tak nak jemput tapi....kitaorang lambat bagitahu tentang majlis ni

Walaupun dua orang cikgu tapi tak pe lah,majlis ni tetap boom kedeba boom,memang meriah...hahaha..Cerita pasal makanan pulak lah,ramai jugak lah yang bawa makanan dari rumah dan menu utama majlis ni ialah Nasi Ayam...

Sedap gila nasi ayam tu,hei rasa macam nak makan lagi jerk...Kalau pencuci mulut Koktel (alamak betul ke aku eja,kalau salah pon salah lah) Air pulak air oren jerk...

Nak tengok gambar waktu majlis dijalankan tak???Kalau nak sila scroll ke bawah,kalau tak nak sila tekan X dekat kanan atas korang tu ha...Nampak tak..




Bebola coklat ni Nasuha yang bawa



Ni antara makanan sampingan



Menu Utama = NASI AYAM



Koktel buah-buahan


Ni waktu tengah tunggu budak-budak ni sampai



Hurm..budak lelaki dah sampai,tinggal tunggu cikgu jerk



Semua dah sampai


 ??????



Amboi cantiknya cara duduk



Pengacara majlis (berbaju kurung) dan wakil kelas (bertudung putih)



Guru kelas sedang memberi sedikit ucapan....Apasal Amin (Baju biru) buat muka macam tu



Tekun mendengar ucapan
  


Tengah makan



Ambil gambar



Budak lelaki yang hadir



Cikgu-cikgu yang hadir


Hurm....Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi line macam siput....Jadi,hanya gambar di atas sahaja yang dapat diupload dalam blog ni....Apa-apa pun majlis ni memang seronok gila...dan nak ucapkan terima kasih bagi kawan-kawan ku sebab dapat memeriahkan lagi majlis + dapat sumbangkan makanan.....

Makanan yang korang bawak tu semua sedap sangat....Sampai sekarang terasa keenakan makanannya...
Hahahaha...Erm...sampai di sini sahaja memori waktu tingkatan 2.Argh!!!!Terasa laju sangat masa tu bergerak..Tahun depan buat yang terbaik ya kawan-kawan ku

Apa lagi eak???Erm...cuma nak cakap....Bye-bye memori tingkatan 2 di sekolah,aku tak akan lalui detik-detik itu lagi..Tetapi kau sentiasa berada dalam ingatan ku... Selamat tinggal tingkatan 2 K.R.K...Aku akan merindui kenangan sewaktu kita suka dan duka


P/s:Tahniah buat pasukan Harima Muda...

Persahabatan

Hai...hai...hai....erm....hari ni tarikhnya amat cantik kan....11.11.11.....Harap-harap tarikh hari ini akan jadi hari yang paling indah buat korang semua tau...Tapi sekarang ni bukan nak cerita pasal kejadian yang berlaku pada hari ni...tapi pasal lain

Ceritanya macam ni,hari tu tengah syok-syok baca buku...Tiba-tiba terpandang lah seorang budak perempuan ni.Kenapa tah hati ni tersentuh bila melihat dia,dah lah duduk bersendirian macam tak ada sesiapa nak kawan dengan dia padahal rakan-rakan sebaya dia tu ramai..

Semua macam meminggirkan dia dan seolah-olah rakan sebaya dia tu macam tak nampak kewujudan dia...Dia tu macam halimunan pulak...Rasa macam kesian pun hado....Rasa macam nak suruh jerk dia join  kumpulan Cik Qaseh...tapi takut dia fikir lain pulak...kenapa tiba-tiba nak kawan dengan dia kan

Tapi bagi Cik Qaseh lah...Kawan-kawan dia tu tak patut buat macam tu....Yalah kan cuba korang bayangkan kalau korang diposisi budak perempuan tu...mesti korang rasa sedih dan rasa macam nak mati cepat jerk kan

Tapi budak tu steady jerk,macam tak ada apa-apa yang berlaku...Mungkin fizikal nya tidak terpancar segala kesedihan yang dia hadapi selama ini tapi hati dia Cik Qaseh tak tau lah..Hurm...fikir-fikir kan lah ya....Walaupun kawan anda tu pernah buat silap ke pernah menyakitkan hati ke,maaf kan lah dia...

Kita sebagai manusia ni tak lari dari membuat kesilapan..Jadi,kesimpulannya jalinkan lah persahabatan anda bersama rakan-rakan anda...

P/s:Kepada kakak2 dan abang2 yang akan mengambil SPM,buat lah yang terbaik

(n_n) Result (0_0)

Assalamualaikum

Selesai sahaja minggu peperiksaan,memang terasa diri ini bagaikan bebas dan terasa bagaikan hari itu adalah hari yang is the best day ever......Tetapi diri ini berfikir semula kalau ada peperiksaan mesti ada result...Kalau ada result mesti dah habis periksa

Bermula dari hari rabu hari tu kitaorang dah dapat tahu markah periksa,Cik Qaseh pun tak tau lah nak cakap apa??? Lidah terkelu dan minda ku membeku semangat tah hilang ke mana*menyanyi lagu Stacy  pulak dah* Memang ntah lah,perasaan ini semakin bercampur baur bila mengenangkan result yang akan keluar nanti

Diri ku ini terasa macam nak undur balik jerk masa aku nak menjawab periksa...Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur...Kita pun kena makan bubur itu dengan hati yang terpaksa...tapikan sedap juga kalau makan bubur*alamak lapar lah pulak,jap..jap..kita makan KIT KAT dulu..berehat untuk seketika*

Dah lah,dah tak tau nak bermonolog apa lagi???Tapikan memang periksa ni Cik Qaseh agak jatuh ibarat bangunan yang runtuh...Kalau membabitkan kelas K.R.K tak tahu lah jatuh ke meningkat ke sama ke...Cik pun tak tau lah

Hai!!bila lah sesi memulangkan kertas nak habis...Jantung ku ini dah penat berdegup kencang seperti kereta F1 sedang berlumba....Bila nampak cikgu pegang kertas periksa mesti jantung ini Dup Dap Dup Dap...Nasib tak Dup.........Dap.......Dup................*K.O*

Hurm...harap-harap kelas K.R.K dapat mengumpul gred 'A' lepas ni...Doa-doa kan lah ya agar kami semua berjaya mengumpul gred 'A'...Amin.....

P/s:Habis lah nanti minggu depan,jumpa lagi kertas periksa..Tak sanggup aku nak tengok kau