Pages

Jamuan akhir tahun 3 KRK



Asalamualaikum semua.
Sebenarnya jamuan ni dah lama dah,lebih kurang hari Isnin yang lalu.Baru sekarang ni nak cerita kan.Tapi walau apa pun nak juga cerita.Nak juga*sambil hentak kaki macam budak kecil nak minta kaki*

Ok fine.Bila nak buat jamuan mesti nak cari tempat,susah.Nak tau pasai pa?Pasai bila nak buat kat sekolah kelas mana nak rompak guna?Kebetulan budak SPM belum habis berperang lagi.

So Jadi,buat keputusan buat dekat rumah Amin a.k.a penolong tingkatan Ok,tempat dah settle.Hari pun ada masalah juga,mula-mula nak buat hari Ahad tapi ada yang tak boleh datang

Then,tukar hari Isnin.Pejam celik pejam celik celik celik dah hari Isnin Janji pukul 2.30 petang kumpul depan sekolah,tapi mamat sorang ni datang pukul 3.00 petang.Padahal dia yang sibuk sangat nak suruh datang pukul 2.30 tapi dia pulak yang lambat*Wa tampo lu de* Asal ganas sangat ni

Dah cukup orang baru gerak pergi rumah Amin.Vrooom......Vroooooommmmmm.Dalam beberapa saat,dah sampai.Tengok budak-budak ni ada lah yang dah sampai dulu.Tapi cikgu belum sampai,cikgu pi ambil budak yang lain kat mana aku pun tak tau.Baik kan cikgu saya,sanggup pi ambil anak murid

Tunggu punya lah tunggu ramai juga lah yang pergi berbanding tahun lepas.Acara pun bermula.Cikgu bagi ucapan,ketua kelas bagi ucapan,doa dan seterusnya MAKAN lah

Makanan ada vanyak okey,vanyak sangat samapai tak tau nak pilih yang mana.Antaranya laksa,bihun goreng,sate,koktail,bubur kacang,jambu batu*yang dah dipotong-potong campur dengan asam bukannya segedabak tu*,kek coklat,karipap,triffle*entah,tak tau betul ke tidak ejaannya* dan tak ingat.Gambar tak dipamerkan sebab ada yang salivanya nanti melilih pulak*Pembohong..padahal malas nak bawa kamera*

Ha??apa lagi nak cerita ya.Tah aku pun tak tau.Biarlah gambar yang menceritakan segala.Satu gambar boleh memberikan 1001 cerita*tah apa kejadah aku merepek ni*Gambar sangat sikit,kalau nak tengok banyak pergi ke FACEBOOK



Guru tingkatan sedang berucap..SENYAP


Terbaik ea Mizi makanan nya

Okey nampak kan budak lelaki sedang berebut jambu

 Amin,penolong ketua tingkatan

\
Tak tau ini aksi apa

Okey dia lagi

Muka ala-ala dah bosan

......TAMAT...

Sumber gambar:
*minta izin copy gambar*

Bermula lah segala-segala nya


Assalamualaikum semua

Hai korang.Macam mana cuti ni,dapat banyak limau or ang pau tak???Hehehehe...ke dapat banyak homework ni.Kalau ya sama lah kita.Nak buat macam mana,ni lah kehidupan seorang pelajar.Kalau tak ada kerja sekolah tu bukan kehidupan seorang pelajar,ya dax


Hurm,cuti seminggu ni bermula lah kerja sekolah yang banyak.Siapa setuju dengan statement tu,sila angkat tangan...Hahahaha...Tapi walaupun kerja sekolah banyak kita boleh rehat juga kan.Walau setinggi mana pun kerja sekolah tu,kita tetap dapat siapkan kerja tu kan


Apa-apa pon Ceq dah tau nak membebel apa lagi dekat blog ni dan hanya nak ucapkan


SELAMAT BERCUTI SELAMA SEMINGGU

Entry Khas

Asalamualaikum semua

Lagi beberapa hari musim persekolahan nak bermula.So,korang semua dah bersiap sedia nak mulakan musim persekolahan yang bakal menjelang nanti.

Kalau belum,hurm tak tau nak cakap apa.Okey barang-barang sekolah semua dah belikan.Dah siap kemaskan barang-barang sekolah kan.

Musim cuti hari tu macam mana?Best...atau bosan... Hehehe..pandai-pandai lah jawab dalam hati.Oh sebelum terlupa,kerja sekolah dah siap?

Haish bab kerja sekolah ni lemah betul kan.Bila cakap pasal kerja rumah,semua dah fikir,aku dah siap ke belum tak pun ayat dia macam ni,kerja sekolah yang mana eak?

Ayok tak tau,korang dah siap ke belum,Cik Qaseh belum siap lagi.Apa da PMR dah dekat,Cik Qaseh tak sedar lagi,masih dibuai mimpi

Sedar lah Cik Qaseh,awak ni calon PMR.Apa nak jadi dengan diri awak ni?*Saja bagi kata-kata semangat dekat diri sendiri*Hehehe..Kepada junior-junior ku,jangan jadi seperti Cik Qaseh,sedarlah kamu sebelum terlambat

Hari ni nak bagi info kerja rumah dekat kawan-kawan yang sekelas dengan Cik Qaseh.Info apa?Info kerja rumah

Science: Buku teks m/s 2,3,5,7,lets discuss (semua),13
KD:Buku teks (3 teras yang awal)
Mate:Kertas yang cikgu bagi
Geo: Latihan yang cikgu bagi
Bahasa Inggeris:kerja rumah di blog cikgu

Okey itu jerk kot kerja rumah nya.Kalau ada lagi beritahu Cik Qaseh.Erm...sampai di sini sahaja.Wasalam

P/s:Gambar buku dekat bawah header tu menu tab