Pages

Beraya (PART 1)


Salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca Ku

Huhhhhh.....sungguh penat,,almaklumlah baru balik beraya dengan budak-budak kelas 2 K.R.K.....Sungguh gembira + excited....Pada tahun ni,ramai la juga yang menyertai konvoi beraya ke rumah guru-guru dan kawan-kawan..

Antara yang pergi beraya ialah Amir (menjadi Gps kami semua),Amin,Abid,Akmal (budak 2 S.B),Luqman,Zati,Nida,Tasha,Fiza,Elyana & Anis.....Rumah yang pertama sekali di serbu ialah rumah Elyana...so budak-budak ni berkumpul dekat rumah Elyana la...

Selepas itu kita orang gerak pergi rumah Amin,punya la penat kitaorang mencari rumah dia sampai tersalah rumah pulak tu dan akhirnya kami jumpa juga...Waktu dah masuk lorong nak pergi rumah Amin tu Amir bawa moto laju tau,sekali kan korang lembu melintas depan diaorang...AMEK KAW...Nasib sempat brek, kalau tidak???huhhh...No komen la

Lepas tu kitaorang gerak pergi rumah Tasha...dekat rumah Tasha,mak dia ada buat kuew taw...Wau budak lelaki makan bertambah-tambah (padahal tadi dekat rumah Amin diorang makan maggie bertambah-tambah juga???) Okey,,dekat bawah ni gambar dekat rumah Tasha.Jom saksikan










Lepas dah siap makan kitaorang pergi rumah Izzudin plak....Hahaha Izzudin kitaorang datang dia baru bangun tido...Kesian dia,sorry tau Izzudin,kitaorang menggangu kau tapikan kitaorang dah cakap nak beraya rumah kau.Jom lihat gambar-gambar yang telah kami ambil





(Sedap jeruk ni)


Lepas tu kitaorang pergi rumah Arif yang hanya beberapa meter dari rumah Izzudin.Kesian dekat mak Arif sebab kitaorang dah nak balik mak dia baru siap potong kuih



Dan rumah yang terakhir kami pergi ialah rumah Cikgu Fahriyah...Dekat rumah Cikgu Fahriyah tak ambil gambar pun sebab kitaorang (budak perempuan) semua main anak cikgu.Comel la anak cikgu dan dia suka senyum,tak perlu kata apa-apa

Psst: COMING SOON BERAYA PART 2...TUNGGU YA

No comments:

Post a Comment